Cerpen Cinta Shuttlecock (Last Part)
Cerpen Cinta Shuttlecock (Part 1)
Cerpen Cinta Shuttlecock (Part 2)
Cerpen Cinta Shuttlecock (Part 3)
Cerpen Cinta Shuttlecock (Part 4)
Cerpen Cinta Shuttlecock (Part 5)
“WAH,Rifqi!Dah lama tak nampak kau!”Arif yang baru balik dari tuisyen, memeluk sahabat lamanya.
“Jom main badminton?”Ajak Rifqi.
Arif ketawa.
“Kau bila jumpa aku,tu jelah kau fikir,kan?Memang betullah cakap kakak aku,badminton ni hidup kau!”Arif menggeleng.
Kening Rifqi terangkat.Lantas dia memandangku.Aku membuang pandang.
“Jomlah,Arif!Aku dah lama tak belasah kau ni!”
“Oh!Poyo,eh kau!Kenapa kau tak ajak jaguh badminton tu lawan kau?” Arif tersengih sambil menunjuk ke arah aku.
“Dia tak beranilah nak lawan aku!”
“Siapa tak berani lawan ngan kau?”Aku berkata bengang.Budak ni mengungkit sejarah lama nampaknya ni.
“Kalau berani sangat,jomlah lawan!”Dia mencabar.
“Okay!Boleh je!”Aku masuk ke dalam untuk mengambil raket.
Lantas aku keluar kembali dengan tiga raket dan satu bulu tangkis.
“Nah!”Aku mencampak satu raket kepadanya dan satu lagi kepada Arif.
“Apa ni,kak?”Arif mengangkat kening.
“Dua lawan satu!”Aku berkata selamba.
“Kak Mai tak payah berlagak sangatlah!”Rifqi mula bengang.Tercabar betul dia dengan perlakuanku!
“Fine.One to one”Aku tersenyum sinis.
Rifqi mengetap gigi,geram.
“Kita bet.Siapa kalah,dia kena ikut cakap orang yang menang..”
“Deal!”Aku tersenyum yakin.
“Perghh!Ni yang best ni!Kena suruh geng kita datang ni,Rifqi!”Arif berkata lalu dia call semua rakan-rakan lamanya.
Aku menyeluk poketku lalu mengeluarkan handphone.
“Arif,call semua geng lama akak.Suruh diorang datang..”Aku mencampakkan handphone kepada Arif.
“Beres,bos!”Arif menyambut.
Rifqi mengetap gigi,geram.
“Kau buat servis dulu”Aku memukul bulu tangkis ke arah Rifqi.
Rifqi menyambut.
“0-0.Rifqi memulakan servis”
Rifqi seperti biasa.Menghantar bola rendah di depan net.
Aku membalas dengan menghantar bola tinggi.
Dia membuat pukulan smash namun dapat aku sambut dengan mudah.
Berulang kali dia melakukan smash tapi aku masih enggan mengalah dengan sebegitu mudah.
Game berlarutan sehingga 1 jam.Semua rakan-rakan lama kami sudah berkumpul,menyokong.
“20-20.Deuce 3 mata!”
Semua rakan-rakan lama kami bersorak.
Aku menarik nafas panjang.Cuba megumpulkan oksigen dan kekuatan untuk melawan Rifqi sehingga ke titisan peluh yang terakhir!
Rifqi masih tenang tersenyum.
“Kau akan kalah,Rifqi..”Kataku lantang.Rakan-rakan kami bersorak kuat.
“Aku tak akan kalah..sebab badminton ni hidup aku,shuttlecock ni nyawa aku!”Rifqi tersenyum yakin.
Aku terkedu.
“Huh!”
Permainan diteruskan.
“Short!1-0!”Servis aku short.Bukan salah bola,bukan sebab Rifqi main tipu..tapi aku hilang tumpuan.Hilang fokus.
“Go,Umairah!Kalahkan budak Rifqi tu!”Rakan-rakanku memberi semangat.
“Aku takkan kalah!”Kata-kata Rifqi terngiang di telingaku.
Rifqi membuat pukulan smash dan aku gagal menyambutnya!
“2-0!”
Aku mengenggam raket.Umairah,fokus!
“Rifqi memulakan servis!”
Aku menyambutnya.Aku menghantar bola ke hujung gelanggang.
Rifqi berlari ke hujung gelanggang untuk menyambut bola.Peluang! Rifqi menghantar bola ke hadapan net lalu berlari semula ke tengah gelanggang!
Aku mendengus.Dia dah baca trick aku!Aku kembali membuat hantaran tinggi.
Rifqi membuat pukulan smash tepat mengenai muka aku!
“Aduh!”
“3-0!Syed Fahrin Rifqi menewaskan Elysha Umairah dengan mata 3 berbalas..tidak berbalas!”
Rakan-rakan Rifqi,yakni semua junior aku dulu besorak kemenangan.
Aku terduduk.Aku kalah sekali lagi?
Rifqi tersenyum memandangku.
“Okay,seperti yang kita bet,orang kalah kena dengar cakap orang yang menang,kan?”Rifqi berkata sinis.
Aku memandangnya geram.Ni mesti nak suruh aku buat benda yang memalukan aku ni!
“Aku nak suruh kau buat apa,ye?”Rifqi buat muka mengejek.
“Suruh dia bagi tahu semua orang yang ada kat sini,siapa yang dia suka masa kecik dulu!” Sampuk Arif lalu ketawa besar.
Aku memandang Arif,bengang.
“Okay.Cadangan diterima!Sekarang kau kena bagi tahu kitorang semua siapa yang kau suka masa kecik dulu?”Rifqi tersenyum sinis.
“Tak nak!”Aku berkata geram.
“Mana boleh?Kita dah janji,kan?”
Aku tunduk.Munafik orang yang memungkiri janji,kata Umi.
“Go,Umairah!Bagi tahu je!”Rakan-rakanku memberi sokongan.
“Kau suka Daniel,eh?”Ejek Rifqi.
“Aku pulak!”Daniel berkata geram.
“Ke..Farhan?Ke..Afiq?”Rifqi tersenyum sinis lagi.Semua orang turut bersorak namaku,kuat.Aku seakan ingin menangis.
“Aku suka kaulah,bodoh!”Aku menjerit kuat.
Spontan,semua orang terdiam.Rifqi kelihatan terkejut.
Setitik demi setitik air mataku jatuh.Aku mengelap air mataku kasar.
Rifqi menghampiriku lalu duduk di hadapanku.
“Kenapa tak cakap dari dulu?”
Terima kasih kerana terus membaca sehingga titisan tinta terakhir.Sila tinggalkan komen di bahagian readers' comment bagi penulis memperbaiki mutu penulisan.Sokongan anda didahului dengan ucapan terima kasih:)








May 4, 2013 at 6:25 PM
Boom!Aku suka cerpen kau!Aku x tau nk comment apa sbb aku ni bkan pandai sgt bab2 cerpen ni.Tapi serius best!*Thumbs up. XD -zhad-
May 4, 2013 at 8:14 PM
hikhok hikhok. cerpen kau style doh. huhu. i loike
May 4, 2013 at 9:58 PM
BOOM...aku rasa citer kau sweet la.wah,suka2! ~nadh ;)
May 4, 2013 at 11:37 PM
"mata 3 berbalas..tidak berbalas!”
macam kenal ayat ni. wkwkwk
May 5, 2013 at 12:30 AM
Korang,thx :) tapi aku harap komen yang macam kritikan laa sebab nak improvekan cerpen :P
Eira : bhahaha aku pinjam line thalhah masa hockey SBP last year >,<
May 5, 2013 at 1:49 AM
Boom sorry aku dah pernah baca semua kau punya cerpen ni masa f4. mhehehe. aku tak ingat kenapa and macam mana. but keep it up! thumb up!
May 7, 2013 at 1:11 AM
Boom aku suka cerpen kau :) Teruskan usaha!