Cerpen Cinta Shuttlecock (Part 4)
Sambungan cerpen..
Cerpen Cinta Shuttlecock (Part 1)
Cerpen Cinta Shuttlecock (Part 2)
Cerpen Cinta Shuttlecock (Part 3)
DAH lama aku tak jumpa Rifqi.Sejak aku masuk sekolah menengah.Arif cakap,dia dapat tawaran masuk asrama penuh.Tapi dia tolak.Kerana tiada satu pun asrama penuh yang menjadikan badminton sebagai sukan elit.
Rifqi memang satu kepala dengan aku.Sebab aku pun tak nak masuk asrama sebab cintaku pada badminton.Tapi satu kepala dalam bab badminton jelah!
“Aku takkan kalah..sebab badminton ni hidup aku,shuttlecock tu nyawa aku!”Aku tersenyum sendiri bila teringat kata-kata Rifqi.Aku akui dia memang pemain badminton yang berbakat.
Tapi,aku lagi hebat!
Aku hanya mampu menoktahkan perjuanganku dalam badminton sehingga di peringkat negeri sahaja.Kerana Umi tidak membenarkanku menyertai pasukan kebangsaan.
“Pelajaran lagi penting,Umairah.Badminton tu tak boleh bagi kau makan pun!”
Aku agak kecewa sedikit.Bukan sikit,tapi banyak sebenarnya.Yelah, buat apa aku susah-susah menang johan negeri pun,kalau Umi tak bagi pergi kebangsaan?
Tapi aku terpaksa akur.
Lalu kerana terlalu kecewa aku belajar main netball dan handball.Itu pun bagi menghilangkan rasa kecewa aku.Dapatlah aku pingat perak dan gangsa peringkat daerah.
Badminton,aku betul-betul mencintai kau!
Akan bersambung..








0 Response to "Cerpen Cinta Shuttlecock (Part 4)"
Post a Comment