Cerpen Cinta Shuttlecock (Part 3)
Sambungan cerpen..
Cerpen Cinta Shuttlecock (Part 1)
Cerpen Cinta Shuttlecock (Part 2)
“KAK MAI,jom lawan badminton!”Rifqi mengajak aku main satu petang. Dia baru habis bermain dua set dengan Arif masa tu.
“Tak nak aku.Kau kalah nanti..”Ejekku.
“Eleh..takutlah tu..”Rifqi membalas dengan mengejekku juga.
“Siapa takut dengan kau?”Marahku bengang.
“Kalau berani,turunlah lawan aku!”Rifqi mencabar.
Aku pantas merampas raket dari tangan Arif.
“Weh!”
“Pinjamlah kejap!Raket akak kat dalam!”Kataku kepada Arif.Aku masuk ke dalam gelanggang.
“Kak Mai buat servis dulu”Kata Rifqi sambil membaling bulu tangkis ke arah aku.
“Tak ada hal!”Ujarku lalu memulakan servis.Namun,bola tangkis yang aku pukul jatuh ke depan net.
“Short!”Rifqi tersengih memandang aku.
“Whatever!”Aku buat muka.
“1-0!”Jerit Arif dari luar gelanggang.
Rifqi pula memulakan permainan.Aku menyambut dengan menghantar bola betul-betul di depan net.
Rifqi menyambutnya dengan menghantar bola tinggi!Aku tersenyum sinis.Aku tau kelemahan dia!
Aku membuat pukulan smash!
Rifqi mengelak pantas.Dapat memmbaca pergerakan bolaku. Perkembangan yang bagus!
“1-1!”
Aku memulakan servis.Namun,bolaku dihantar jauh ke belakang.
“Long!”Rifqi tersenyum.Dia pula mengambil servis.
“2-1!Pertemuan yang sengit nampaknya!”Jerit Arif.
“Senyaplah!”Marahku.
Rifqi menghantar bola rendah di hadapan net.Aku pantas mengambil dengan memukul bola tinggi.
Rifqi mengambil peluang itu dengan pukulan smash!
“3-1!Rifqi mendahului!”Aku terkedu.
Rifqi memulakan servis semula.
Aku hilang kawalan lalu memukul bola itu jauh.
“Out!4-1!”Arif tersengih.
Aku mengenggam raket kuat.Kenapa ni?
Rifqi menghantar bola rendah lagi.
Aku cuba menghantar bola ke hujung gelanggang.Mahu bermain trick. Dan nampaknya Rifqi terpedaya!
Rifqi menhantar bola rendah dan aku membalas dengan menghantar bola betul-betul di hadapan net!
“2-4!Kak Mai mengejar!”
Servis kembali memihak kepada aku.Aku membuat pukulan trick di tengah gelanggang.
“Wrong side!5-2!”
Aku terkedu.Sebelum ini,perkiraan aku tak pernah silap.Aku boleh menghantar servis ke mana-mana point yang aku nak.Namun,hari ni..
Mula-mula tadi servis aku short.Lepas tu,pukulan smash aku tak mengena.Lepas tu,servis aku long.Lepas tu,aku tak boleh nak agak pukulan smash Rifqi.Lepas tu,bola aku out.Kali ini pula,servis aku wrong side?
Rifqi memulakan servis.
Tapi aku tak membalas.Aku mengambil bola tangkis yang jatuh di gelanggangku.
“Korang main tipu!Ni shuttlecock 50 sen tu kan?!”Aku menjerit marah.
“Haha!Rifqi,kantoi lah!”Arif ketawa besar.Rifqi turut ketawa.
“Arif!!”Aku mengejar budak kecik tak guna tu.Dia terus melarikan diri dengan Rifqi.
Bulu tangkis yang murah tu,tak menepati berat bulu tangkis standard. Bulu tangkis tersebut lebih ringan.Macam manalah aku boleh tak perasan tadi?








May 2, 2013 at 11:58 PM
cool :DD hahahaha